Tiga warga Malaysia, tiga kisah cinta bersama MINI

1927

Sempena sambutan ulang tahun MINI yang ke-60, MINI Malaysia meraikan tiga warga MINIacs yang mengisarkan kisah cinta pertama mereka bersama MINI.

Kelvin Kok



Artis pembuat tatu dan seorang suami, Kelvin mengimbau semula detik pertama beliau diperkenalkan kepada jentera MINI selepas mendengar slogan MINI ketika itu yang berbunyi: “Go with Your Gut.”

Keesokan harinya, beliau berbuat demikian, beliau mendengar suara hatinya. Tiga tahun telah berlalu dan keluarga Kok merupakan pemilik MINI Clubman serta MINI Kensington tahun 1996 yang dibaik pulih.

Kelvin mengaku beliau telah jatuh cinta dengan deruman enjinnya yang berkuasa tinggi, serta keluarga besar yang beliau ketemui dalam komuniti yang terdiri daripada pemilik-pemilik jentera MINI.

Kelvin mengaitkan kisahnya dengan salasilah MINI yang berusia berdekad lamanya dengan pepatah Mandarin yang klasik: “Jangan lupakan asal usul anda.”

Wan Muqarram Sidek (Mooq)

Mooq berdiri di hadapan jentera pikap klasik Austin MINI dan beliau menyingkap waktu yang diluangkan bersama mendiang bapanya untuk membaiki kereta itu yang hadir dengan sentuhannya tersendiri.

Mendiang bapa Mooq telah berhasrat untuk mewarnakan kereta pertamanya warna Hijau ‘British Racing’ serta bernadikan enjin suntikan single point 1.3-liter, menyusur dengan set roda lebar 13 inci, dan paling penting sekali, hadir dengan gril bermaterialkan kayu yang ‘sporty’.

Beliau juga menjadikan kata-kata bapanya sebagai pedoman, “Lelaki yang memiliki kelas akan menjaga kenderaan klasiknya dengan baik.”

Mooq menamakan pikapnya, ‘Papa Mooqs’ dan bapanya sentiasa tersemat dalam ingatan beliau setiap kali Mooq memandu kenderaan tersebut.

Lee Siew Hon

Selain daripada elemen keseronokan dan kelincahan, resmi MINI juga menjadikannya sebuah jentera dambaan. 

Di mata Hon, itulah definisi kereta MINI GP kepunyaannya. Jentera kesayangan beliau tidak dibiarkan di rumah sahaja, Hon percaya bahawa kenderaan tersebut dicipta untuk dipandu dan beliau meluangkan masa bersama MINI tersebut sebanyak yang mungkin, sama ada untuk bersiar mahupun berulang alik dari tempat kerja.

Hon bukan sahaja menyukai prestasi MINI GP yang unik ini, beliau juga memandang tinggi asal usul jenama MINI dan kisah di sebaliknya yang menjadikan hubungan beliau dengan MINI kepunyaannya sebuah hubungan yang istimewa – seperti kisah cinta warga MINIacs yang lain di luar sana.

Anda ingin mengongsikan kisah cinta MINI anda? Berikan singkapan detik-detik peribadi anda bersama MINI dengan melawat laman rasmi Facebook dan Instagram milik MINI Malaysia, berserta hashtag #MINILOVESTORIES.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here