Empat pemenang bawa pulang Toyota Vios baharu setiap seorang dalam peraduan As Never Before Bonanza

1894

UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini telah mengumumkan senarai pemenang kempen jualan “As Never Before Bonanza” dan menyampaikan hadiah mereka dalam satu majlis ringkas.

Kempen ‘As Never Before Bonanza’ yang diadakan dari 1 Januari hingga 31 April 2019 itu menarik beribu pelawat ke bilik pameran Toyota seluruh negara untuk melihat dengan lebih dekat model terkini Toyota, sambil berpeluang memenangi hadiah lumayan.



Pelanggan yang membuat tempahan kenderaan Toyota dalam tempoh kempen berpeluang memenangi hadiah berupa Toyota Vios 1.5G.

Empat pemenang yang membawa pulang Vios setiap seorang adalah:

  • Pugalendran A/L Chelliah (menempah Toyota Rush)
  • Lee Yian Ling (menempah Toyota Vios)
  • Siti Aishah Binti Mohd Said (menempah Toyota Hilux)
  • Hasmynor Bin Ahmad (menempah Toyota Avanza)

Pelanggan yang tidak membuat sebarang tempahan tetapi hanya memandu uji model Toyota semasa tempoh kempen turut ditawarkan hadiah. Mereka menerima pakej percutian bernilai RM5,000 hingga RM8,000 dan peranti elektronik seperti iPad, Vivo NEX dan Samsung Note 9.

Pemenang dengan model dipandu uji adalah:

  • Ng Joon Ka (Toyota Vios)
  • Kok Beng Hin (Toyota Corolla Altis)
  • Lukman Hakim Bin Kamarudin (Toyota Vios)

Tahniah kepada semua pemenang!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here