Porsche perkenalkan varian asas Porsche 911 Carrera

2346

Menarik juga cara model Porsche kali ini. Dengan Porsche 911 generasi terkini 992, syarikat pengeluar kereta dari Jerman itu telah terlebih dahulu memperkenalkan varian 911 Carrera S dan 911 Carrera 4S. Namun kini, barulah syarikat itu memperkenalkan varian asas Porsche 911 Carrera (tanpa huruf S di belakang) dan varian ini hadir dalam bentuk Coupe dan Cabriolet .

Model 911 Carrera S dan 911 Carrera 4S baru sahaja membuat kemunculan rasminya di Malaysia beberapa minggu lepas.

Ibarat Perodua Myvi SE diperkenalkan dahulu, barulah Perodua Myvi biasa.



Apa pun, Porsche 911 Carrera ‘asas’ ini tetap berkuasa. Enjin 3.0-liter boxer enam silinder menghasilkan 385hp berbanding 450hp pada Carrera S. Namun ini tetap 15hp lebih dari 911 Carrera sebelumnya.

Bahagian dalam jentera ini adalah sama seperti Carrera S, dengan bahan berkualiti tinggi, paparan skrin 10.9-inci, sambungan alat peranti terkini dan bantuan pemanduan inovatif seperti Porsche Wet Mode.

Varian asas Porsche 911 ini dapat dibezakan dari Carrera S melalui rim dan brek lebih kecil, serta penutup ekzos individu pada sistem ekzos.

Transmisi jentera ini adalah sama dengan Carrera S, iaitu automatik PDK 8-kelajuan. Ini membolehkan jentera ini memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.2 saat dan kelajuan maksimum adalah pada 293km/j. Dengan Sport Chrono, pecutan sama diperoleh dalam masa 4.0 saat sahaja.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here