Masa menunggu Perodua Aruz kini dikurangkan kepada 1 bulan sahaja

3832

Jika sebelum ini masa menunggu untuk Perodua Aruz adalah dua hingga dua bulan setengah, kini Perodua telah mengurangkan masa menunggu kepada satu hingga satu bulan setengah sahaja.

Ini kerana syarikat itu telah meningkatkan pengeluaran mereka. Antara Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 17,989 unit Aruz telah terjual.



Ketua pegawai eksekutif Perodua, Dato’ Zainal berkata, Perodua dapat memperbaiki proses pengeluarannya menyebabkan proses penghantaran SUV tersebut bertambah baik.

“Kami akan terus menumpukan kepada kualiti dan penghantaran seperti mana keutamaan kami kepada pelanggan yang dihargai. Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan sehingga Perodua Aruz menjadi SUV yang paling popular di Malaysia – ini menjadi peristiwa penting buat kami,” katanya.

Beliau berkata Perodua akan mengekalkan sasaran jualannya sebanyak 235,000 unit menjelang akhir tahun ini, peningkatan sebanyak 3.4% daripada 227,234 unit yang dijual pada 2018.

Pada 17 Julai, Perodua telah mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan sasaran jualannya kepada 235,000 unit untuk 2019, peningkatan 4,000 daripada sasarannya 231,000 yang diumumkan pada Januari lalu.

Peningkatan sasaran jualan ini adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk semua model semasanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here