7 kereta yang telah menyelamatkan syarikat mereka

6603

Tahukah anda, terdapat sesebuah kereta yang telah menyelamatkan syarikat mereka dari dari mengalami kerugian dan reputasi sesebuah syarikat itu. Pada senarai ini, kami mengemukakan beberapa buah model tersebut.

 

  1. Volkswagen Beetle (1948-2003)



Model Beetle telah menyelamatkan Volkswagen dan Major Ivan Hirst pula menyelamatkan Beetle. Dia menguruskan kilang, memulakan semula production line dan meyakinkan Angkatan Tentera British untuk membeli 20,000 kereta kecil ini. Ini ialah Beetle Type 1yangmenjadi perintis kepada semua Beetle bersejukan-udara dengan enjin flat-four di belakang

Jualan mula meningkat dan pengarah Heinz Nordhoff mula mengembangkan rangkaian jualan. Kereta mula pesat dikeluarkan dan unit ke-1,000,000 dibuat pada 1955.

Keseluruhannya, 21,529,464 Beetle  pelbagai jenis telah dikeluarkan dari kilang-kilang di Jerman, Belgium, Brazil, malah dipasang juga di Malaysia, Nigeria dan Ireland.

Unit terakhir dibina di Mexico pada 2003. Hari ini, Volkswagen telah menamatkan jualan kereta ikonik ini dengan 10.83 juta dikeluarkan pada 2018.

2. Fiat 500 (1957-1975)

Semasa Itali bertarung memulihkan negaranya selepas Perang Dunia Kedua, permintaan untuk pengangkutan murah dipenuhi dengan skuter. Tetapi, Fiat 500 menamatkan perkara ini.

Ia sebuah kereta sebenar, bukan kereta belon, dengan empat tempat duduk dan lebih comel dari anak anjing. Fiat menghasilkan 3.5 juta model ini dalam 18 tahun.

Fiat 500 dengan enjin belakang 499cc dan twin motor sangat mudah dan murah untuk diselenggara sambil menawarkan prestasi cukup untuk dipandu di bandar dan kawasan pekan. Keuntungan dari 500 ini memacu perkembangan syarikat itu hingga hari ini.

3. BMW 700 (1959-1965)

Sukar untuk membayangkan syarikat seperti BMW itu pernah melalui krisis kewangan, iaitu pada akhir 1950-an. Permintaan model mewah dan kereta kecil tidak menguntungkan BMW pada masa itu, maka model 700 tiba untuk menyelamatkan keadaan.

700 menjadi model monocoque pertama BMW dan mulanya ditawarkan dalam bentuk coupe, namun model sedan ditawarkan tidak lama kemudian dan memperoleh jualan memberangsangkan.

Coupe dan Cabriolet menambah sejumlah 35,000 lagi dari angka jualan. Kesemua model ini dikuasakan enjin belakang 679cc yang diambil dari enjin motosikal BMW. Paling penting, 700 menjadi titik permulaan kepada rekabentuk BMW seperti kita tahu hari ini.

4. Volvo 700 Series (1982-1992)

Volvo menjadi penanda aras keselamatan dan ketahanan semasa 740 dan 760 tiba. Sekelip mata, syarikat Sweden itu naik ke segmen eksekutif dan menjadi alternatif kepada model wagon Mercedes.

Dengan casis pacuan roda belakang dan enjin agak berkuasa, 740 dan 760 sangat menarik dan model turbo pula lebih mengujakan, dengan hanya 8 saat sahaja untuk sampai ke 100km/j.

Volvo menjual 1.23 juta unit 700 Series sehingga model 900 Series tiba dan menggantikannya. 700 Series bukan sahaja menyelamatkan kewangan syarikat itu, malah menjadi permulaan kepada imej Volvo sekarang.

5. Aston Martin DB7 (1994-2004)

Pertukaran hakmilik Aston Martin menjadi bualan sehingga Ford mengambil alih syarikat British ini sebelum kematian Henry Ford II. Dengan dana Ford dan bakat rekabentuk Keith Halfet dan Ian Callum, terhasillah DB7. Namun, Aston Martin hanya stabil selepas 7 tahun Ford mengambil-alihnya.

DB7 terus menjadi kegilaan kerana rupanya yang menawan dan prestasi dari enjin supercharge 3.2-liter enam-silinder, dan harganya iaitu £78,500 (RM393,724). Walaupun bukan murah, ia mencipta titik permulaan untuk jenama eksotik yang tidak pernah sampai ke tahap itu sebelumnya.

Hasilnya, lebih dari 7000 unit DB7 terjual.

6. Porsche Boxster (1996-2004)

Tanpa Porsche Boxster, kita tidak akan jumpa syarikat kereta dengan banyak pilihan model yang kita sukai hari ini. Dengan angka jualan menjunam untuk 911 bersejukan-udara, model Boxster enjin tengah dan bersejukan-cecair ini menjadi model yang sangat penting untuk Porsche. Dengan rupa depan seperti 911 generasi 996, ia membantu menjimatkan kos.

Ia model roadster pertama syarikat itu sejak 914 pada 1970 dan membuatkan bilik pameran dipenuhi orang apabila ia tiba pada 1996. Generasi pertama Boxster terjual sebanyak 160,000 unit, menyalurkan wang kepada Porsche dan menambah peluang pekerjaan.

Model awal 2.5-liter sedikit kekurangan kuasa, namun ia cepat disedari dan diganti dengan enjin lebih besar dan berkuasa yang meneruskan lagi jangka hayat model itu selama 8 tahun.

 

7. Lotus Elise (1996-2001)

Jika ada pengajaran untuk kembali kepada prinsip asas, model paling sesuai ialah Lotus Elise. Selepas bercampur dengan supercar dan cuba mengalahkan Mazda MX-5, Lotus kembali ke akar-umbinya dengan model sport dengan nama 7 serba baharu.

Dengan berat hanya 731kg, Elise asal sangat seronok dipandu dan cukup laju kerana ia ringan, walaupun enjin Rover K-Series hanya menghasilkan 118hp.

Versi lebih pantas ditawarkan untuk meningkatkan daya tarikan dan jualan, bersama dengan model Exige dan 340R yang rare. Walaubagaimanapun, sifat semulajadi Elise itu yang terus menarik kebanyakan pembeli dan menyelamatkan syarikat Lotus. 10,619 unit terjual, termasuk model-model edisi istimewa.

Kesimpulan

Model-model yang disenarikan di atas merupakan kereta yang telah menyelamatkan syarikat mereka. Justeru itu, pada hari ini, jentera-jentera ini sentiasa diingati dan diberi penarafan khas oleh syarikat mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here