Pekin Auto dilantik sebagai wakil jualan terbaru Volvo di Johor Bahru

1989

Volvo Car Malaysia telah melantik Pekin Auto Sdn Bhd sebagai wakil jualannya yang terkini di Johor Bahru.

Pengenalan itu sebagai langkah memperkukuhkan lagi pengalaman pelanggan Volvo di zon Selatan itu. Terletak di Skudai, pusat 3S terbaharu ini menepati piawaian Volvo Retail Experience (VRE) iaitu standard yang sama di mana-mana lokasi sah Volvo Car.



Dengan pelantikan Pekin Auto ini, Volvo Car Malaysia kini mempunyai 13 wakil pengedar dan jualan di seluruh negara. Jumlah ini akan ditambah lagi disebabkan peningkatan jualan kenderaan Volvo iaitu kenaikan lebih 60 peratus untuk separuh pertama 2019.

Pengarah Urusan Volvo Cars, Nalin Jain berkata, “Kami gembira kerana jenama kami diterima baik di dalam pasaran. Kami komited dalam memberikan lebih pilihan kepada pelanggan kami dengan melantik syarikat berkelayakan dan profesional seperti Pekin Auto untuk mewakili jenama ini.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Pekin Auto, hubungi Christopher Tan di christopher@pekinauto.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here