KBS Motocross Championship 2019 himpun 280 pelumba motocross di Terengganu

1638

Seramai 280 pelumba motocross dari seluruh Semenanjung Malaysia berentap dalam kejohanan KBS Motocross Championship 2019 di Gong Badak yang bermula semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, KBS Motocross Championship 2019 kali pertama diadakan di Terengganu itu mendapatkan sambutan yang menggalakkan dalam kesemua 12 kategori pertandingan.



Jelasnya, kejohanan dua hari itu melibatkan pelbagai lapisan umur peserta, iaitu bermula daripada 18 hingga 60 tahun.

“Program seumpama ini secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai untuk menggayakan minat dan budaya hidup mereka dengan cara yang sihat.

“Ia juga dapat memupuk minat anak muda Terengganu untuk turut serta dalam sukan lasak ini dan dalam masa yang sama, kepakaran yang mereka ada tidak disalahgunakan untuk perkara yang tidak berfaedah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dalam kategori Open Enduro, di Litar Permotoran Gong Badak, di sini semalam.

Tutur hadir adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim serta pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan.

Menurut Wan Sukairi lagi, Terengganu sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti sukan yang memupuk dan membina jati diri anak-anak muda bagi membina pelapis kepimpinan negeri yang berkualiti.

“Kita mengharapkan pada masa akan datang, lebih banyak lagi program-program seperti ini mahupun yang lebih besar lagi termasuk penyertaan dari dalam dan luar negara dilaksanakan.

“Saya juga difahamkan, hujung tahun ini akan ada kejohanan motocross terbesar yang membabitkan peserta dari luar negara, ia akan berlangsung di Pantai Mak Nik, Kemaman,” tambah beliau.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here