Honda kolaborasi dengan tiga syarikat yaitu Astro Radio, Tealive dan Unifi

1592

Honda kolaborasi dengan tiga syarikat iaitu Astro Radio, Tealive dan Unifi bagi menambah jangkaan selanjutnya dalam ‘Road to 900,000 Unit Milestone Campaign’. Ia bersempena dengan pengeluaran ke-900,000 unit yang disasarkan mampu dicapai pada suku ketiga 2019.

Dengan Honda kolaborasi dengan tiga syarikat iaitu Astro Radio, Tealive dan Unifi bagi menambah jangkaan selanjutnya dalam ‘Road to 900,000 Unit Milestone Campaign’, model-model Honda seperti Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord akan ditawarkan kepada pemenang bertuah.



Menurut Pengarah Urusan dan CEO HM, Toichi Ishiyama, “Bagi meraikan pencapaian yang penuh bermakna ini, Honda Malaysia ingin berkongsi kegembiraan menerusi kempen Road to 900,000th Unit Milestone.”

Kempen ini bertujuan menghargai rakyat Malaysia yang terus menyokong Honda Malaysia sejak ia ditubuhkan.

Bagi menyertai kempen tersebut, pelanggan perlu mendaftar diri melalui QR code atau melayari website kempen sebelum menyertai mana-mana aktiviti.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah mengambil gambar lencana model kereta Honda, memandu uji mana-mana model jenama ini dan juga menyelenggara kereta Honda di mana-mana pusat servis Honda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here