Jualan kereta di India catat penurunan bulanan terburuk

1263

Penjualan kereta penumpang di India turun mendadak sebanyak 41 peratus dalam jualan bulanan mereka. Berdasarkan data yang menunjukkan pada hari Isnin, Faktor ekonomi yang lemah menyebabkan permintaan dan pengeluar meminta bantuan dari kerajaan.

Dalam rekod, ia merupakan bulan kesepuluh penurunan pada aspek jualan kereta dimana faktor permintaan pengguna yang lemah dalam ekonomi ketiga terbesar di Asia, di mana pertumbuhan perlahan untuk suku ke lima terus dalam tempoh April hingga Jun hingga 5.0 peratus.



Info dari Persatuan Pengilang Automobil India menunjukkan bahawa jualan domestik jatuh kepada 115,957 pada bulan Ogos daripada 196,847 setahun yang lalu, kejatuhan paling ketara sejak organisasi itu memulakan rekod data pada tahun 1997-98.

Penjualan kenderaan komersil jatuh sebanyak 39 peratus, manakala motosikal dan skuter menurun 22 peratus.

Gergasi pengeluar kereta India Tata Motors, Ashok Leyland dan Mahindra & Mahindra telah mengurangkan pengeluaran pada tengah kelembapan ekonomi negara itu. Beribu-ribu pekerja juga telah hilang pekerjaan di seluruh sektor.

Menteri Kewangan, Nirmala Sitharaman pada bulan Ogos mengangkat larangan membeli kenderaan baru oleh jabatan kerajaan, tetapi para pembuat kereta meminta sokongan lebih lanjut dari New Delhi.

Presiden SIAM Rajan Wadhera berkata minggu lalu, kerajaan perlu mengambil tindakan “mendesak” seperti memotong cukai jualan kereta untuk meningkatkan permintaan menjelang musim perayaan yang sibuk.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here