Civic 2019 bakal hadir dengan Honda SENSING, sedia ditempah hari ini!

1807

Honda Malaysia mengumumkan bahawa mereka kini dalam perancangan untuk melancarkan Civic 2019 pada suku keempat tahun ini. Dengan itu, anda boleh mula membuat tempahan kereta itu.

Honda Civic 2019 akan menampilkan Honda SENSING, iaitu pakej keselamatan canggih dan maju yang juga terdapat pada CR-V dan Accord. Apabila diperkenalkan nanti, Civic akan menjadi satu-satunya kereta segmen-C di negara ini dengan fungsi bantuan pemanduan itu.



Honda SENSING pada Civic akan merangkumi sistem bantuan seperti Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High-Beam (AHB).

Civic 2019 juga akan diberikan fungsi Honda LaneWatch, iaitu kamera pada cermin sisi kiri yang akan membantu pemandu memantau kawasan titik buta di bahagian itu.

Ciri standard yang lain adalah Remote Engine Start, Electric Parking Brake dan terbaharu, Front Sensor.

Civic 2019 akan dipacu dengan enjin 1.5-liter VTEC Turbo sedia ada yang menghasilkan 173hp dan 220Nm tork. Transmisi juga adalah sama, iaitu CVT dengan Earth Dreams Technology.

Dari bahagian luaran, Honda Civic 2019 mendapat lampu depan LED, lampu kabus LED, bampar baharu, kemasan baharu di bampar belakang, spoiler baharu, gril depan hitam dan rim 18-inci baharu.

Ia boleh mula ditempah di semua 98 wakil pengedar Honda yang sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here