Mini Cooper SE EV 2020 dilancarkan dari Munich ke Frankfurt untuk kemunculannya pada dunia

134

Tidak banyak kereta yang memulakan kemunculan di Frankfurt Motor Show hari ini tetapi sebaliknya pula bagi Mini Cooper SE.

EV pertama yang dikeluarkan oleh Mini Cooper daripada BMW Group di Munich dan dibawa ke pameran di Frankfurt untuk paparan dunia.

Mini Cooper SE tidak dapat merangkumi jarak yang panjang dengan menggunakan bateri tunggal. Jarak memandu maksimum yang disediakan oleh bateri lithium-ion 32.6 kWh adalah 270 km, jadi ia terpaksa berhenti di sepanjang jalan untuk pengisian semula baterinya. Cadangan stesen pengecasan cepat di lebuh raya A3 dikemukakan oleh pemandu Elena Eder, yang juga pengurus projek model.

Penambahan bateri yang hampir sepenuhnya habis kepada 80 peratus daripada jumlah kapasitinya mengambil masa 35 minit, memanjangkan jarak dan masa perjalanan untuk tiba ke Frankfurt.

Seperti yang anda boleh bayangkan, Eder tidak mencapai tahap kelajuan maksimum 150km/j kereta untuk memendakkan masa dan jaraknya untuk tiba ke destinasi. Akhirnya, Cooper SE melancarkan pek baterinya ke dewan 11 di pusat pameran Frankfurt dengan bayaran yang memadai.

“Mobiliti bandar sememangnya merupakan kekuatan terbesar Mini Cooper SE. Tetapi itu tidak bermakna keseronokan memandu elektrik hanya sesuai untuk jarak pendek, “kata pengurus projek Eder. “Mini Cooper SE dengan mudah dapat mengatasi perjalanan yang lebih panjang hasil daripada pilihan untuk menggunakan stesen pengisian cepat DC dengan kapasiti pengisian sehingga 50 kilowatt. Satu rehat tengah hari hanya diperlukan untuk mengisi semula, “katanya.

Model ini akan memasuki pengeluaran di kilang Oxford di UK pada November 2019, seterusnya penghantaran ke seluruh dunia untuk pelanggan yang ingin mendaptkannya. Kereta elektrik ini berharga RM125,299 di UK (termasuk Geran Kereta Plug-in RM17973) dan RM149,267 di Jerman (termasuk cukai).

Komen anda mungkin membantu