Volvo Car Malaysia dan Ingress Swede Automobile lancar 3S Mutiara Damansara

118

Volvo Car Malaysia hari ini bersama rakan kongsi pengedarnya, Ingress Swede Automobile Sdn Bhd telah melancarkan pembukaa pusat 3S terbaharu mereka di Mutiara Damansara.

Volvo Car Malaysia dengan strategi transformasinya telah memfokus dalam menambahkan dan mengembangkan kehadirannya tahun ini sejajar dengan pertambahan jumlah jualan.

Syarikat itu kini mempunyai 12 bilik pameran di seluruh Malaysia dan akan membuka tiga lagi tahun ini.

Pengarah urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain berkata, “Dalam segmen premium, produk bukanlah satu-satunya faktor pembelian dari pelanggan. Apa yang turut penting adalah nilai, kualiti dan kebolehan untuk servis yang mereka nikmati sepanjang perjalanan mereka dengan jenama itu.”

Terletak di tengah kawasan maju iaitu Mutiara Damansara, pusat 3S terbaharu Volvo Car itu menampilkan bilik pameran dan pusat servis yang dibina berlandaskan standard terkini jenama itu – Volvo Retail Experience (VRE) – yang memberikan nilai dan warisan Scandinavia yang diinspirasi dari Volvo.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi Ingress Corporation Berhad dan wakil-wakil dari Volvo Car Malaysia.

Bilik pameran itu mampu menservis sehingga enam kenderaan pada satu masa, dan dibuka pada 8 pagi hingga 6 petang untuk Isnin hingga Sabtu, dan 10 pagi hingga 4 petang untuk Ahad dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, emelkan kepada azeman@ingress-swede.com.my atau hubungi +603 7732 7555.

Komen anda mungkin membantu