Projek Toyota Supra dengan 1,300hp yang boleh dipandu harian

3998

Ada orang buat kereta untuk pertunjukan, ada yang untuk mencatat masa di litar, dan ada yang buat kereta untuk semua kegunaan. Mike Davis pula cuba buat projek Toyota Supra generasi ke-4 miliknya, yang dikatakan “jauh lebih berkuasa dari bunyinya”.

Supra milik Mike

Mike Davis mula jatuh cinta kepada Toyota Supra dipandu oleh Paul Walker dalam Fast and Furious 2001. Walaubagaimanapun, Mike tidak gemarkan semua pelekat dan stripe pada badan kereta itu. Baginya, prestasi enjin lebih penting.



Dia membeli Supra 1993 ini pada 2013 yang sudahpun mempunyai kuasa agak baik, tetapi Mike masih belum berpuas hati.

Menjana kuasa

Untuk memaksimakan potensi enjin 2JZ-GTE, syarikat talaan Dinosaur Performance meningkatkan bore silinder kepada 86.5mm dan meningkatkan stroke kepada 90mm.

Selepas menggantikan semua bahagian dalaman dan menaiktaraf beberapa bahagian, unit 2JZ itu kini mempunyai nisbah mampatan 11.0:1.

Matlamat Mike ialah untuk menjadikan kereta itu boleh dipandu seharian dengan penghawa dingin, sistem stereo dan pada masa yang sama menghasilkan 1,300hp di roda belakang tanpa menggunakan nitrous oxide (NO2) atau memberi tekanan berlebihan kepada pengcas turbo.

Dengan kombinasi Dinosaur Peformance dan PowerHouse Racing, Supra milik Mike kini menjana 1,308hp dan 1,197Nm tork dengan 45psi boost.

Memecahkan rekod

Walaupun Mike sendiri telah mencapai matlamat kuasanya, masih ada yang perlu dicapai. Sasaran peribadi Mike adalah untuk mendapat bacaan 200 mph (322km/j) untuk setengah batu. Angka ini agak munasabah memandangkan dia pernah mendapat 189.9mph (305.6km/j) dengan enjin lama yang menghasilkan 1,190hp.

Matlamat akhir untuk projek Toyota Supra ini ialah untuk menikmati segala kerja keras, wang dan masa yang dilaburkan kepada projek Toyota Supra ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here