kereta elektrik Mazda akan diperkenalkan dalam waktu terdekat

1897

Tokyo Motor Show 2019 akan menjadi sejarah baru untuk Mazda. Biasanya Mazda memperkenalkan kereta dengan enjin pembakaran dalaman, Mazda akhirnya memperkenalkan varian kenderaan elektrik mereka.

 Jentera itu secara rasmi akan diperkenalkan pada 23 Oktober. Kereta prototaip elektrik ini akan dipanggil prototaip e-TPV, dan akan dibentangkan dalam bentuk SUV.



Ia akan membawa bateri 35.3 kWh, yang disatukan dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan 138hp dan mencapai 264Nm tork dengan pacuan roda depan.

Ia dikatakan boleh dipandu sehingga 193-241km apabila menggunakan kuasa elektrik. Kuasa yang ditawarkan bersamaan dengan MINI Electric dan Hyundai Kona Electric.

Walau bagaimanapun, Mazda tidak akan melupakan enjin rotary mereka, kerana pada masa yang sama Mazda akan memperkenalkan generasi terbaru enjin rotary. Mazda juga menjanjikan enjin rotary terkini mereka akan mempunyai tahap kecekapan yang tinggi seperti kereta elektrik.

“Mungkin enjin biasanya tidak dapat, tetapi dengan enjin rotary, kita mampu,” kata bos Mazda, Mitsui Hitomi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here