Kawasaki lancarkan versi baru KLX150L 2020 di Indonesia

2560

Kawasaki Motor Indonesia (KMI) baru saja melancarkan KLX150L di Indonesia. Motosikal ini secara rasmi boleh dibeli pada akhir Oktober 2019. KMI melancarkan motosikal ini untuk memenuhi keperluan pengguna motosikal jenis KLX. 

Motosikal ini agak berbeza kerana ia mempunyai kelihatan retro, dengan jalur yang mirip dengan Kawasaki KDX dan Siri KX yang paling popular pada tahun 80-an. Penampilan ini tidak pernah berada dalam barisan KLX150 KMI sebelum ini. Motosikal ini mempunyai panjang 2,080mm dan juga dilengkapi dengan lebar 830mm.



Digabungkan dengan ketinggian 1,155 mm yang menjadikan motosikal ini kelihatan lebih besar. Wheelbase atau jarak diantara roda hadapan dan roda belakang adalah 1,340 mm. Kelegaan jalan setinggi 295 mm menjadikan motosikal ini dapat menempuhi jalan yang tidak rata dengan baik.

Ketinggian tempat duduk adalah 870 mm yang membolehkan kaki penunggang mencapai di atas tanah, dengan tayar bersaiz 19″ dibahagian hadapan dan tayar bersaiz 16″ di bahagian belakang. Berat kosong motosikal ini adalah 118 kg.

Kapasiti bahan bakar jentera ini boleh menampung sebanyak 6.9-liter petrol. Enjin KLX150 mampu menguasakan 11hp dan 11.3Nm tork maksimum. KLX150 juga dilengkapi dengan sistem penghidup elektrik dan tendang.

KLX150L dijual di Indonesia dalam dua warna, iaitu hitam dan hijau, dengan harga Rp30,800,000 (RM9,128) untuk hitam, dan Rp31,900,000 (RM9,450) untuk  warna hijau.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here