Ferrari 308 GTS mesra alam

1530
Jarang sekali kita melihat sebuah kereta klasik diubah suai menjadi model kereta elektrik. Apatah lagi jika membabitkan mana-mana model Ferrari.
 
Di sini, ada sebuah Ferrari 308 GTS tahun 1976 menggunakan rangkaian kuasa mesra alam dan model itu ditawarkan untuk jualan.
 
 
Enjin asal iaitu sebuah V10 ditanggalkan keluar untuk membolehkan kemasukan tiga motor elektrik jenis HPEVS AC-51 selain masih menggunakan sistem transmisi manual lima kelajuan.
 
Menurut laporan, kereta ini didakwa boleh dipandu selaju 298 kilometer sejam.
 
Pek bateri 47 kilowatt sejam yang membekalkan kuasa kepada motor disimpan di dalam kotak aluminium dan gentian karbon.
 
Ferrari merah ini turut menerima beberapa modifikasi lain termasuk binaan semula sistem suspensi QA1, brek cakera perlumbaan Giro, lampu LED dan memakai rim 18 inci BBS daripada sebuah Ferrari 360.
 
 
Restorasi dalaman pula menyaksikan penggunaan material kulit berwarna hitam dengan meter laju dan takometer kustom.
 
Ferrari 308 GTS ini akan dilelong di Scottsdale, Arizona oleh firma lelongan Barrett-Jackson pada 13 hingga 21 Januari ini.
 
 
Source: Barrett-Jackson


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here