Pagani Zonda dibaik pulih sepenuhnya, ini caranya

1633

Pada October yang lalu, Pagani memperkenalkan satu program baik pulih kereta, khas untuk menarik pelanggan dan pemilik kereta jenama itu. Pemilik kenderaan boleh membaik pulih kereta mereka seperti keadaan ketika baru membelinya.

Program berkenaan diberi nama Pagani Rinascimento, satu-satunya program yang membabitkan aktiviti dimana, pemilik boleh membawa kenderaan mereka ke kilang sendiri.

Pagani adalah sebuah syarikat automotif yang kecil. Oleh itu, hanya sebuah kenderaan yang boleh dibaik pulih dalam satu-satu masa kerana kerjanya sangat merumitkan.



Setiap bahagian pada kereta itu diteliti untuk memastikan hasilnya seperti baru sahaja membelinya. Segala gambar dan dokumen yang terbabit sepanjang proses dibaik pulih disimpan sebagai satu bukti yang menunjukkan mereka membaik pulih kereta itu.

Segelintir pemilik sudah melakukan perubahan terhadap kereta mereka, terutamanya bagi model Zonda.

Pagani Rinascimento memberikan pilihan kepada setiap pemilik sama ada mahu mengembalikan rupa asal kenderaan mereka.

Ini kerana, rupa bentuk Zonda pada keluaran pertama dengan padanan garisan yang cantik dan tersusun lebih menarik berbanding rekaan selepasnya.

Ternyata masa benar-benar berlalu dan tanpa disedari, sudah lebih dua dekad sejak jenama ini melancarkan Zonda pertama iaitu, model Zonda C12.

Kereta itu ditayangkan di Pameran Motor Geneva pada tahun 1999 dan detik itu masih menjadi antara hari yang paling bermakna serta bersejarah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here