Toyota GR Supra 2019 sah hadir ke Malaysia!

535

Berita gembira buat peminat kereta sports, UMW Toyota (UMWT) mengumumkan bahawa Toyota GR Supra A90 akan hadir ke Malaysia tahun ini. Perkara ini dikongsi dalam satu majlis malam tadi.

 

Enjin yang memacu Supra ialah unit 3.0-liter turbo enam-silinder sebaris. Ia menjana 335 hp dan 495 Nm tork dimana tork hadir dengan kuat pada putaran enjin yang rendah.

Terdapat juga pilihan enjin 2.0-liter yang mempunyai dua tahap kuasa; 197 PS dan 320 Nm tork, serta 258 PS dan 400 Nm tork.

Walau apa pun enjin dipilih, hanya transmisi automatik lapan-kelajuan boleh didapati. Dan kuasa disalurkan ke gandar belakang sahaja.

Setakat ini, belum ada maklumat lanjut mengenai julat harga dan spesifikasi lengkap untuk pasaran Malaysia. Apa yang boleh dikatakan, Malaysia bakal menerima kehadiran semula lagenda JDM!

Komen anda mungkin membantu