Mazda LeMans unik dijumpai di Jepun selepas 35 tahun

2484

Satu-satunya Mazda 254i LeMans tahun 1982 telah dijumpai di Jepun setelah 35 tahun hilang dari pandangan umum.

Tahun 1982 merupakan tahun dimana Mazda menyertai perlumbaan 24 jam LeMans. Sepasang jentera 254i itu dikatakan tidak mempunyai prestasi begitu baik dan disangka telah dilupuskan.



Namun, Japanese Nostalgic Car melaporkan duo itu telah dihantar semula ke Jepun dan berentap dalam beberapa perlumbaan siri JPSC. Sampel yang baru ditemui itu mempunyai identiti merah jambu, manakala 254i yang kedua dicat dengan warna kuning. Namun unit berwarna kuning ini telah musnah dalam suatu kemalangan di perlumbaan Fuji Speedway.

Hujung tahun lepas, kereta merah jambu itu ditemui di salah satu daerah terpencil di barat Jepun. Identitinya dikenalpasti oleh Tachimoto, ketua mekanik dari Mazdaspeed. Tachimoto dapat mengenalpasti kereta itu dengan meneliti sistem brek dan suspensi belakang.

Melalui pemeriksaan lebih terperinci, dapat dilihat di bawah warna putihnya, terdapat lapisan emas dan merah jambu yang membuktikan bahawa ia satu-satunya Mazda 254i yang wujud.

Syarikat talaan Jepun, Isami Amemiya baru-baru ini terlihat perpindahan Mazda ini ke sebuah kedai pakar, Powercraft. Di sana, kereta ini akan melalui restorasi di atas permintaan Mazda. Menurut Motorious, ia mungkin diubahsuai untuk menyertai acara perlumbaan klasik.

Mazda 254i menggunakan enjin 13B dual-rotor yang menghasilkan kira-kira 296 hp. Tidak pasti sama ada kereta itu dijumpai dengan enjin asal, namun RE Amemiya akan memantau pembinaan semula enjinnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here