Y15ZR V2 tidak mahal, bawah RM10k pun ada jual

12177

Harga runcit Yamaha Y15ZR V2 yang baru dilancarkan tidak begitu mahal seperti diperkatakan oleh ramai orang.

Menurut tinjauan rakan kami di Drebar.my dari beberapa kedai motosikal di Lembah Klang, harga terendah untuk “Waisuku” ini ialah pada RM9,300 atas jalan termasuk insurans.

Harga Y15ZR V2 tidak begitu mahal seperti diperkatakan ramai
Harga Y15ZR V2 tidak begitu mahal seperti diperkatakan ramai

Ini berlawanan dengan spekulasi yang mendakwa harganya akan berada di tahap tidak munasabah, “harga Yahudi” katanya.



Harga Y15ZR semasa pelancaran ialah RM8,168. Itu tidak termasuk kos-kos tambahan lain seperti insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran.

Yamaha Y15ZR v2 tidak mahal

Y15ZR 2019 bagaimanapun RM280 lebih mahal berbanding keluaran sebelumnya. Ia mendapat pembaharuan utama seperti unit lampu depan LED, meter kelajuan digital, kill switch, tayar depan lebih besar dan pelekat grafik baharu.

Yamaha Y15ZR v2 - meter

Menurut Drebar lagi, beberapa kedai menjual Y15ZR V2 pada RM9,800 dan 9,700 dan harga ini semua adalah harga pembelian tunai.

Semua motosikal yang dipamerkan di kedai yang ditinjau juga telahpun mempunyai pemilik. Jadi kita boleh katakana bahawa tempoh menunggu untuk pembeli yang mahu menempah akan menjadi sedikit panjang.

Yamaha Y15ZR v2 - sisi

Dari segi mekanikal, Y15ZR V2 menggunakan enjin 150cc SOHC yang menghasilkan 15hp dan 13.5Nm tork beserta kotak gear 5-kelajuan.

1 KOMEN

  1. yeke dengan harga bawah 10k?
    lokasi mana tu tuan?
    mejoriti semua atas 10k tuan.. sila kaji semula yaa!
    kaji dikawasan selangor dan KL!
    anda akan dapat jawapan yang betul serta jangan lupa share disini..

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here