Yamaha Y15ZR: Waisuku ini berjiwa superbike!

1489

Modifikasi kenderaan boleh datang dalam berbagai bentuk. Kadang-kala, ia menzahirkan jiwa atau aspirasi pemilik sesebuah kenderaan itu. Kami tertarik dengan Yamaha Y15ZR milik saudara Adam Harris ini. Y15ZR atau “Waisuku” miliknya mempunyai komponen-komponen dari superbike!

Y15ZR superbike

 

“Bukan biasa-biasa” ni…

Kebanyakan komponen adalah dari model superbike yang agak high end juga seperti Ducati Panigale dan Aprilia RSV4. Siap dengan single arm Ducati Hypermotard.

Bahagian yang telah dimodifikasi atau dinaiktaraf termasuklah rim, tayar, penyerap hentak serta beberapa panel badan.

Y15ZR superbike

Kita lihatkan senarai modifikasi yang telah dilakukan pada Y15ZR/Waisuku berjiwa superbike ini:

  • Cover set karbon sepenuhnya
  • Pelekat badan Exciter GP
  • Handle damper Yamaha R6
  • Lampu depan dipindah ke bawah, unit Eagle Eye
  • Mud guard Aprilia RSV4
  • Pemijak kaki Boushi kustom
  • Fork, dwi-cakera dan calliper Brembo Ducati Monster
  • Suspensi depan dan belakang Ohlins
  • Rim dan tayar depan Ducati
  • Single arm belakang, rim, tayar belakang Ducati Hypermotard

Menurut Adam, enjin Waisuku ini masih spesifikasi asal dan beliau mempunyai perancangan untuk membuat sedikit modifikasi di masa depan.

Apa pun, terbaik bossku!

Silakan tonton video di bawah oleh Galeri Kereta. Pada masa siaran artikel ini, video ini telah mencecah lebih 123,000 tontonan.

Apa kata anda? Sanggupkah berbelanja pada Y15ZR anda untuk kelihatan seperti superbike ini? Jom komen di bawah!

Komen anda mungkin membantu