Sah: Honda akan menutup kilangnya di Swindon, UK pada 2021

2226

Seperti dijangka, beberapa lagi berita buruk untuk industri automotif United Kingdom susulan Brexit. Terbaharu, Honda telah mengesahkan penutupan kilang pemasangannya di Swindon pada 2021 nanti.

Kenyataan ini adalah lanjutan dari laporan sebelumnya yang mengatakan bahawa syarikat itu akan melaraskan semula rangkaian pemasangan globalnya. Siaran itu berkata Honda akan “memantapkan komitmennya untuk kenderaan elektrik, sebagai respon terhadap perubahan dalam industri yang tidak dapat dijangka”.



Agak mengejutkan kerana tiada langsung siaran itu memetik mengenai isu Brexit. Apa pun, Honda telah memaklumkan kepada pekerjanya di UK berkenaan hasrat untuk menutup kilang di Swindon pada 2021 apabila jangka hayat model sekarang berakhir.

Kilang itu kini merupakan hab global untuk pengeluaran Civic generasi ke-10, mengeluarkan Civic hatchback dan varian prestasi, Civic Type-R.

Ini juga pasti akan memberi impak kepada industri di UK amnya. Kilang Honda di Swindon kini mengeluarkan 150,000 kereta setahun dan mempunyai 3,500 orang pekerja.

Walaupun mereka tidak akan mengeluarkan kereta di UK lagi, Honda berkata bahawa ibupejabat Eropah mereka akan tetap berpengkalan di negara itu.

Tambahan lagi, pelan menstrukturkan semula operasi global Honda akan melibatkan operasi di Turki. Syarikat itu akan menghentikan pengeluaran Civic sedan di kilang Gebze pada 2021.

Agaknya Civic serba baharu generasi ke-11 nanti dan Civic Type-R akan datang dikeluarkan di kilang mana pula, ya?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here