Honda Civic Type-R untuk PDRM? Ini jawapan sebenar

8530

Malam tadi tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai kemungkinan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membeli beberapa unit Honda Civic Type-R FK8.

Menurut Harian Metro, dua buah kereta model Honda Civic (satu Civic FC biasa dan satu lagi Civic Type-R FK8) yang didakwa bakal digunakan pasukan PDRM sebenarnya adalah untuk dipandu uji.



Imej: Hypertune

Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa berkata, kenderaan terbabit diberikan syarikat berkenaan sebagai pinjaman untuk dipandu uji.

“Ia adalah cadangan daripada syarikat terbabit untuk pasukan PDRM memandu uji kenderaan berkenaan.

“Kenderaan terbabit diberikan untuk tujuan penilaian teknikal bagi melihat kesesuaian kegunaan pasukan penguatkuasa,” katanya ketika dihubungi, disini, hari ini.

 

Tajudin berkata, syarikat berkenan memberikan tempoh selama tiga hingga enam bulan bagi melihat kemampuan daripada segi teknikal untuk kesesuaian penggunaan pasukan PDRM.

“Selepas tempoh itu kenderaan terbabit akan diserahkan semula kepada syarikat berkenaan tanpa membabitkan sebarang kos,” katanya.

Imej: Autocar

Jentera yang juga kenderaan pacuan roda depan terpantas di Nurburgring ini dikuasakan enjin 2.0 liter VTEC Turbo yang menghasilkan kuasa maksimum 310PS pada 6,500 rpm tork maksimum 400Nm pada 2,500 rpm hingga 4,500 rpm.

Untuk pasaran negara ini, Honda Civic Type R ini dijual pada harga RM320,000 (atas jalan tidak termasuk insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

Model ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini untuk menawarkan semangat perlumbaan DNA Honda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here