Honda RS150R 2020 kini tiba untuk bersaing dengan Y-Suku, harga bermula RM8.2k

5678

Boon Siew Honda memulakan tahun 2020 dengan pelancaran rasmi Honda RS150R baharu. Kapcai pesaing Yamaha Y15ZR ini telah beberapa kali dilihat bocor di media sosial, dan kami juga ada melaporkan bahawa ia telah mula tiba di bilik pameran 2 minggu lepas.

Harga rasmi bagi Honda RS150R ini ialah RM8,199 untuk Standard, dan tambahan RM300 untuk versi Repsol, pada RM8,499.



RS150R V2 ini merupakan versi facelift, menampilkan rupa lebih segar dan premium. Perubahan terbesar pada RS150 2020 ialah lampu brek lebih runcing dengan lampu belok (signal) berasingan.

Walaupun ada yang menyangkakan RS150R V2 ini serupa dengan Honda Winner X di Vietnam, ternyata kita tida mendapat spesifikasi itu. Sebaliknya, RS150R kita lebih menyamai versi Honda Supra GTR di pasaran Indonesia.

Kemasan moden pada RS150 2020 termasuklah panel meter LCD digital baharu yang lebih jelas dan lengkap dengan informasi tunggangan.

Honda RS150 V2 dipacu oleh enjin sama pada sebelum ini, dengan enjin 149cc DOHC PGM-FI bersama transmisi manual 6-kelajuan.

Enjin ini menghasilkan 15.4hp pada 9,000rpm dan 13.5Nm tork pada 6,500rpm.

Terdapat juga rekaan grafik badan baharu iaitu warna Trico Honda. Warna sedia ada masih ditawarkan, iaitu Repsol, Pearl Magellanic Black dan Pearl Nightfall Blue.

RS150R baharu hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda RS150R, sila layari laman sesawang www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Boon Siew Honda di talian bebas tol 1800-88-3993.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here