Amphicar ialah sebuah kereta dua alam keluaran tahun 1961

518

Industri automotif global pada masa lalu agak inovatif, selain pembangunan kereta berkuasa elektrik. Sebuah syarikat pengeluar kereta di Jerman juga telah menghasilkan kereta anti-banjir yang boleh digunakan di darat dan air.

kereta anti-banjir

Amphicar adalah sebuah kereta klasik yang dihasilkan pada tahun 1961. Kereta klasik dengan model coupe dua pintu ini adalah sebuah kereta yang dipercayai bukan sahaja boleh digunakan pada jalan biasa, tetapi juga boleh digunakan di jalan yang dipenuhi dengan air.

Sayangnya kereta anti-banjir ini tidak dikeluarkan semenjak syarikat Amphicar menghentikan pengeluarannya pada tahun 1965. Walaupun tempoh keluarannya tidak lama, Amphicar pada masa itu bukanlah kereta biasa, kerana semua pemiliknya terdiri dari orang yang kaya.

kereta anti-banjir

Amphicar pada masanya telah menjadi ikon sebagai kereta mahal yang hanya dimiliki oleh golongan atasan. Tidak hairanlah kereta ini hanya mempunyai pengeluaran sebanyak kira-kira 4,000 unit. Pada masa ini hanya terdapat kira-kira 2,000 unit jentera ini yang ada di tangan pengumpul kereta klasik.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B Johnson pernah memiliki jentera ini. Oleh itu, nilai eksklusiviti jentera ini semakin tinggi pada masa itu.

kereta anti-banjir

Amphicar dihasilkan secara besar-besaran pada tahun 1962 hingga 1967 di Jerman. Jentera ini mampu menghasilkan 43hp daripada kapasiti enjin 1,147 cc. Sistem transmisi pula dibuat khusus oleh Porsche.

Di jalan biasa, Amphicar mampu bergerak sehingga 70km/j, sedangkan di jalan yang dipenuhi oleh air, ia hanya mampu bergerak pada 10km/jam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here