Qabil Irfan Azlan ada aura Valentino Rossi

2460

Qabil Irfan Azlan disifatkan sebagai kanak-kanak unik kerana bukan saja mempunyai minat sebagai pelumba motosikal. Malah lebih membanggakan dia antara pelumba motosikal mini (pocket bike) paling digeruni di litar.

Pada usia lapan tahun, kanak-kanak sebayanya hanya menghabiskan masa di sekolah untuk belajar atau di padang permainan bergembira bersama rakan-rakan.



Mendapat jolokan Velentino Rossi Jr kerana gaya, keberanian dan kemahirannya menunggang ala Rossi terutama ketika mengambil selekoh tajam di litar.

Qabil Irfan Azlan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau kagum dengan kebolehan serta keberanian Qabil Irfan dan percaya ia adalah aset bernilai buat negeri Terengganu.

Katanya, kebolehan tersebut akan terus dipelihara dan diasah dengan baik bagi mengangkat Qabil ke tahap yang lebih tinggi.

Qabil Irfan Azlan

Sementara itu, bapa Qabil Irfan, Azlan Abd Rahman, 43, berkata, kejayaan merangkul gelaran juara keseluruhan dalam kejohanan Mini Cubprix 2019 bagi kategori tujuh hingga sembilan tahun baru-baru menaikkan lagi semangat anaknya.

Jelasnya, permintaan untuk memiliki motosikal sendiri pada usia empat tahun adalah permulaan buat Qabil Irfan Azlan untuk menjadi pelumba motosikal mini paling muda di Malaysia.

Qabil Irfan Azlan

“Bagi saya Qabil adalah anugerah Allah yang cukup bernilai. Melihat kesungguhannya yang sukar dicari ganti.

“Dalam masa yang sama, pelajarannya juga tidak pernah diabaikan. Semasa berlatih dia bersungguh dan begitu juga ketika dia belajar,” tambah beliau.

Mac 2020 merupakan bulan yang paling sibuk buat Qabil apabila akan menyertai beberapa kejohanan utama termasuk di Litar Antarabangsa Sepang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here