Era pengeluaran kereta konvensional sudah berakhir – Volkswagen

1971

Industri automotif di seluruh dunia telah berubah. Kereta konvensional sudah jarang dihasilkan oleh jenama-jenama besar pengeluar kereta.

Ford telah melahirkan Mustang sebagai kereta elektrik, begitu juga generasi terbaru Hummer dari General Motors. Bahkan Google juga sedang membangunkan kenderaan autonomi.

kereta konvensional



Berkaitan dengan ini, Herbert Diess, salah seorang pegawai tertinggi Volkswagen (VW), menyatakan bahawa mereka akan berhenti bekerjasama dengan Nokia. Hal ini akan dilakukan sekiranya syarikat teknologi dari Sweden itu tidak dapat berfikir ke hadapan dengan pantas.

Diess sebenarnya agak teragak-agak tentang kemampuan semasa syarikat. Sebabnya, mereka harus segera menyesuaikan diri dengan perubahan dalam trend industri automotif.

Herbert Diess

“Kalau kami tetap seperti sekarang, ia akan menjadi sukar. Era pengeluaran kereta konvensional sudah berakhir,” kata Diess.

VW dan pengeluar lain tidak hanya bersaing dalam bidang prestasi dan reka bentuk. Mereka kini bersaing dalam pembangunan teknologi dalam pelbagai aspek.

Di samping itu, mereka juga berhadapan dengan peraturan pelepasan yang semakin ketat. Pelbagai syarikat pengeluar di dunia juga dikehendaki meningkatkan ciri keselamatan, sambil membangunkan sistem pemanduan autonomi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here