Op Tahun Baharu Cina: JPJ Pahang keluarkan 266 notis saman

2138

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan notis saman terhadap terhadap 266 pemilik kenderaan membabitkan pelbagai kesalahan sempena Op Tahun Baharu Cina (TBC) 2020, bagi tempoh dua hari bermula, Sabtu lalu.

Op Tahun Baharu Cina

Pengarah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah berkata, saman itu dikeluarkan selepas pihaknya membuat pemeriksaan ke atas 1,206 pelbagai kenderaan termasuk 254 motosikal.



“Op TBC 2020 ini diadakan sehingga 2 Februari depan, tidak termasuk dua hari cuti Tahun Baharu Cina. Objektif operasi adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya dan mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Pada masa sama kita turut melaksanakan Ops Motosikal Khas di seluruh negeri ini, bermula semalam hingga esok (Rabu),” katanya pada sidang media di Jalan Teluk Sisek di sini, malam tadi.

Katanya, JPJ akan melipatgandakan penguatkuasaan di semua laluan utama bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

“Selain itu terdapat pemanduan kenderaan berat dilarang bermula 23 dan 24 Januari, serta 27 hingga 28 Januari.

“Seramai 352 anggota JPJ dari semua bahagian akan terbabit sepanjang Op TBC berlangsung,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, dalam operasi sehingga jam 10 malam tadi, sebanyak 383 kenderaan diperiksa. Ianya membabitkan 128 kereta, 252 motosikal dan tiga lori.

Op Tahun Baharu Cina

“Daripada jumlah itu sebanyak 129 notis dikeluarkan iaitu 101 notis saman dan 28 lain-lain notis. Jumlah kesalahan utama yang dikesan adalah tiada cukai jalan dan tiada lesen memandu.

“Operasi malam ini membabitkan seramai 212 anggota penguatkuasa termasuk JPJ, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here