JPJ menyamar jadi orang awam awasi pemandu bas ekspres

1945

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menempatkan 56 anggotanya menyamar dengan berpakaian biasa seperti orang awam. Ini adalah bagi mengesan pemandu bas ekspres yang melakukan kesalahan jalan raya menerusi Ops TBC, sepanjang Tahun Baharu Cina ini.

berpakaian biasa seperti orang awam

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff, berkata daripada jumlah itu, empat anggota akan ditugaskan setiap hari di laluan ke Utara, Selatan, Timur dan Barat bermula semalam sehingga 2 Februari ini.



Anggota JPJ yang berpakaian seperti biasa orang awam akan menaiki bas ekspres dan akan mengeluarkan saman jika terdapat kesalahan yang dilakukan sebaik sahaja sampai ke destinasi.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff

Firdaus berkata, Ops TBC bertujuan memberi keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan statistik kemalangan jalan raya pada musim perayaan. Selain membudayakan pemanduan berhemah serta mematuhi undang-undang.

Katanya, strategi penguatkuasaan membabitkan pemeriksaan rekod pemilik pemandu (OPS SISiH) dengan tumpuan kepada pemandu bas ekspres yang mempunyai saman tertunggak.

Malah, pemeriksaan membabitkan bas di depoh bagi mengesan aspek teknikal bas seperti tayar, brek, lampu pembalik cahaya dan lampu isyarat.

berpakaian biasa seperti orang awam

Katanya, rondaan di lebuh raya juga membabitkan fokus lapan kesalahan termasuk tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan berkembar menggunakan telefon bimbit dan memotong barisan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here