Tolak motor beramai-ramai di Butterworth

1721

Sudah menjadi kebiasaan apabila kumpulan mat rempit dikepung dan ditahan, mereka akan diarahkan untuk menolak motosikal mereka ke balai terdekat.

Dalam kejadian terbaharu baru-baru ini, kira-kira 2,000 mat rempit ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, di Butterworth.



Operasi jam 7.30 malam itu dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di kedua-dua hala.

Mereka yang ditahan diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh dua kilometer (km) ke Balai Polis Butterworth bagi tujuan siasatan.

Semasa menolak motosikal, kesemua mereka diiringi oleh kenderaan-kenderaan peronda pasukan penguatkuasa yang terdiri dari Proton Inspira dan Mitsubishi Outlander.

Operasi di kedua-dua hala membabitkan laluan ke Bagan Ajam dan Butterworth itu turut menyebabkan kesesakan lalu-lintas sejauh lima kilometer selama lebih sejam.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here