Ibu negara Indonesia dipindah, hanya kereta elektrik dan pandu sendiri dibenarkan masuk?

2576

Jika pada tahun 1980-an dulu Perdana Menteri ke-4 kita pada masa itu, Tun Dr. Mahathir memberikan dasar-dasar dan idea berani seperti “Dasar Pandang ke Timur”, kini pemimpin Indonesia pula membawakan ideologi sebegitu.

Presiden Indonesia, Jokowi Widodo berimpian memindahkan ibu negara Indonesia ke tempat lain dan disertai dengan dasar-dasar sampingan yang tidak kurang hebatnya.



Bermula sebagai ura-ura dan perbincangan awal, Jokowi Widodo merancang memidahkan ibu negara dari Jakarta ke sebuah tempat yang baru berjaya menjadi kenyataan melalui pelan pembangunan yang dijalankan.

Ibu negara baharu Indonesia yang dijangka siap dibangunkan pada 2024 ini bakal memperlihatkan bandar yang lebih terancang serta menjanjikan alam sekitar yang lebih bersih.

Kami tidak berkata bahawa dia meniru sesiapa, tetapi konsep ini hampir sama dengan perpindahan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran negara kepada Putrajaya. Tetapi status KL sebagai ibu negara dikekalkan.

Difahamkan antara faktor yang membuatkan Jokowi Widodo memilih untuk memindahkan ibu negara ini berikutan faktor kepadatan penduduk serta potensi Jakarta Utara untuk tenggelam menjelang 2050.

Sumber: The Straits Times

Di sebalik pelbagai pelan yang diumumkan, idea terbaru Presiden Indonesia ini berjaya menarik perhatian ramai dimana beliau mahukan bandar yang bakal dibangunkan ini cuma membenarkan kereta elektrik serta kenderaan awam elektrik dan pandu sendiri.

Idea yang diutarakan sekaligus bakal menjadikan bandar terbaru Indonesia ini sebagai bandar pertama di dunia yang merealisasikannya.

Pelan pembangunan Indonesia setakat ini dilihat positif selepas Jokowi Widodo baru-baru ini berjaya membawa pulang ratusan bilion Ringgit melalui pertemuan bersama Sheikh Mohamed bin Zayed serta Masayoshi Son selaku CEO Softbank.

Setakat ini warga Indonesia serta seluruh dunia sedang menantikan apakah pelan yang menelan belanja sebanyak $32.7 bilion (RM132.60 bilion) ini bakal berjaya melihatkan jumlah hutan yang terpaksa dikorbankan dalam membangunkan sebuah green city.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here