Bas Smart Selangor: Caj RM1 kepada warga asing bukan diskriminasi

1365

Caj RM1 kepada warga asing mengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor bukan diskriminasi, sebaliknya ia untuk memberi keutamaan kepada warganegara yang membayar cukai, kata Ng Sze Han.

Ng Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru berkata sama seperti sekolah atau hospital kerajaan. Warga asing perlu bayar caj perkhidmatan lebih tinggi berbanding warganegara.

“Warganegara membayar cukai dan sebab itu kita harus bersikap adil kepada mereka,” katanya.



Beliau berkata demikian pada Taklimat Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Dewan Serbanguna USJ 7 di sini hari ini.

Katanya, sistem sesentuh Bas Smart Selangor dijangka beroperasi pada pertengahan tahun ini.

“Selain penggunaan kad pengenalan, kita juga sedang mengkaji mekanisme terbaik lain boleh digunakan pelajar menaiki bas percuma ini,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here