Mercedes kekal jenama premium no.1 di Malaysia!

1938

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menutup tirai 2019 dengan mengekalkan posisinya di puncak segmen jenama premium mewah negara ini. MBM mencatatkan jualan 10,020 unit dan pegangan 1.8 peratus.

Presiden dan CEO MBM, Dr Claus Weidner berkata, “2019 merupakan tahun dimana kami memberi penekanan dalam mengembangkan produk kami dengan teknologi inovatif dan rekabentuk emosional untuk pelanggan kami.



“Kami juga menyambut ulangtahun ke-15 pemasangan tempatan dengan pengeluaran kenderaan ke-100,000 serta bermulanya eksport ke Filipina.”

Mercedes-AMG A 35

Antara pelancaran utama pada 2019 adalah barisan E-Class (E 350 AMG Line, E 200 SPORTSTYLE Avantgarde dan E 300 Exclusive Line), A-Class Sedan, model SUV GLC dan GLE, Mercedes-AMG A 35, AMG GT R dan AMG GT C, serta GLC 200, 300 dan 300 Coupe.

Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+

2019 juga turut menyaksikan pelancaran trio AMG iaitu GT 63 S 4MATIC+, C63 S Coupe dan C 63 S yang dibuat serentak.

Mercedes juga turut mempersembahkan S-Class plug-in hybrid yang pertama – S 560 e – dan jenama Mercedes-Benz EQ. Jenama itu menampilkan kemunculan EQC yang pertama di Asia Tenggara, meletakkan Mercedes sebagai perintis kepada mobiliti mampan.

Untuk bahagian pengeluaran, fasiliti di Pekan kini mempunyai 13 varian pemasangan untuk lima model; C-Class, E-Class, S-Class, GLC, dan dua model Mercedes-AMG iaitu C 43 dan GLC 43.

Bagi pengalaman pemilik pula, MBM memperkenalkan penampilan dan perwakilan baharu jenama itu dengan pembukaan Autohaus di Mutiara Damansara.

Jenama premium itu turut bersifat inovatif dalam pembiayaan, dimana Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) telah membiayai 5 dari 10 kenderaan Mercedes yang dijual di negara ini. Ia dicapai melalui solusi Mobility Plus, Lease@Ease dan pakej-pakej lain.

Untuk 2020, Dr Weidner berkata: “2020 akan menjadi tahun bermakna dan mengujakan buat Mercedes-Benz dengan inovasi dan produk baharu untuk meningkatkan pengalaman pemilik.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here