2 pelumba Suzuki muncul terpantas pada ujian pra-musim MotoGP di Qatar

1415

Ujian pra-musim MotoGP Qatar bermula pada hari Sabtu, 22 Februari 2020. Dua pelumba dari pasukan Suzuki mendominasi sesi ujian dengan kedudukan pertama dan kedua.

Sedangkan juara dunia, Marc Marquez menamatkan ujian lebih cepat daripada Valentino Rossi.

pelumba Suzuki



Ujian pra-musim MotoGP Qatar berlangsung selama tiga hari, iaitu dari hari Sabtu (22 Februari) hingga Isnin (24 Februari).

Pada hari pembukaan, pasukan Suzuki Ecstar mempamerkan penguasaaan mereka, dimana dua pelumba Suzuki, Alex Rins menamatkan ujian di tempat pertama manakala Joan Mir ditempat kedua.

Ujian pra-musim di litar Losail, Qatar bermula pada waktu petang hingga berkahir di waktu malam.

pelumba Suzuki

Litar Losail menjadi tempat ujian pra-musim terakhir sebelum bermulanya siri pembukaan MotoGP 2020 di litar ini pada 8 Mac nanti.

Alex Rins mencatatkan masa terpantas iaitu 1 minit 54.462 saat selepas menunggang sebanyak 47 pusingan. Catatan masa itu sedikit lebih cepat daripada Joan Mir, yang berbeza hanya 0.002 saat.

Tempat ketiga dihuni oleh pemandu pasukan Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales yang ketinggalan 0.032 saat. Marc Marquez berada di tangga keenam, satu kedudukan di atas Valentino Rossi.

Maverick Vinales

Pada hari pembukaan ujian pra-musim MotoGP Qatar, pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dan Jack Miller dari pasukan Pramac Ducati mengalami kemalangan kecil. Tidak terkecuali juga pendatang baru, Alex Marquez yang mengalami kemalangan sebanyak 2 kali.

Berikut adalah keputusan ujian pra-musim MotoGP Qatar 2020 pada hari pertama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here