Polis Thailand jadikan Tesla Model 3 Performance sebagai kereta peronda

2153

Tesla Model 3 Performance telah bergabung dalam armada polis di Thailand. Menurut sumber, sebanyak tujuh buah dari jentera tersebut telah disewa selama lima tahun.

Tesla Model 3 Performance

Semua kereta telah diubahsuai untuk dilengkapi dengan pelbagai peralatan polis seperti lampu siren dan komputer. Kesemua jentera ini berada di ibu pejabat polis Thailand yang terletak di Dusit, Bangkok.



Menambah kereta Tesla Model 3 Performance ke dalam armada mereka merupakan inisiatif yang mahal bagi polis Thailand, kerana agensi itu harus membayar sejumlah USD2.7 juta (RM11.7juta). Jika dibahagi, sebuah Tesla Model 3 memerlukan kos kira-kira USD386,000 (RM1.6juta).

Di pasaran Amerika Syarikat, kereta elektrik ini dijual pada harga USD56,990 (RM248,305). Polis Thailand terpaksa membayar dengan harga yang jauh lebih tinggi kerana kereta elektrik di Thailand agak mahal.

Harga purata sebuah kereta elektrik di Thailand adalah sekitar USD64,675 (RM281,788). Kereta elektrik juga lebih mahal di Singapura, dengan harga purata USD110,326 (RM480,690).

Tesla Model 3 Performance yang disewa oleh polis Thailand ini akan digunakan sebagai kenderaan utama dalam kenderaan VVIP. Ia tidak mungkin digunakan untuk mengejar penjenayah, walaupun Model 3 Performance sesuai untuk tugas itu.

Tesla Model 3 dilengkapi dengan pek bateri 75kWh yang membekalkan kuasa kepada dua motor yang disambungkan dalam konfigurasi pacuan semua roda (AWD).

Bateri ini menghasilkan 450hp dan 639Nm tork, dan membolehkan kereta memecut 0-100km/j hanya dalam 3.4 saat, hingga kelajuan maksima 261km/j. Jarak perjalanan untuk setiap kali bateri caj penuh ialah hingga 518km (menurut EPA).

Kenderaan Tesla terbukti menguntungkan pasukan polis kerana mereka mempunyai kos penyelenggaraan dan bahan bakar yang rendah. Hal ini membantu menjimatkan banyak wang untuk pembayaran cukai. 

Tesla Model 3 Performance adalah salah satu kereta paling selamat di dunia. Ia telah mendapat penilaian keselamatan 5 bintang dari agensi tertinggi seperti NHTSA (AS), Euro NCAP, dan ANCAP (Asutralian NCAP).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here