PKP: Perlu buat laporan polis untuk pulang ke bandar

1555

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai yang berada di kampung halaman dan ingin pulang semula ke rumah masing-masing di bandar diminta untuk melaporkan kepada polis melalui dalam talian iaitu menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau balai berdekatan mulai 25 April ini.

pulang bandar

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan tersebut bagi tujuan memberikan maklumat diri, lokasi terkini, tempat yang mahu dituju dan jumlah keluarga bagi melihat pergerakan tersebut daripada kawasan atau zon.



Bagaimanapun beliau berkata, perkara tersebut masih dalam kajian dan kemungkinan pergerakan pulang ke kediaman masing-masing bakal berlaku bermula 1 Mei.

“Kita akan melihat berapa ramai yang akan kembali ke kediaman atau bandar tempat mereka kerja dan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Apa pun kita akan mengkaji terlebih dahulu dan perlu mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan,” katanya. 

Beliau berkata, selain laporan dalam talian, ia juga boleh dibuat di balai polis berdekatan, namun memerlukan temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku perkumpulan dalam jumlah yang ramai.

Ismail Sabri juga berkata, kerajaan memahami keresahan atau kerisauan dalam kalangan mereka yang meninggalkan rumah atau keluarga di bandar yang terkandas di kampung.

“Ramai yang pulang ke kampung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini ramai yang ingin pulang semula ke rumah masing-masing selepas lebih sebulan. Ramai yang membuat aduan antaranya sudah tiada ada pakaian lagi, ada yang bimbang takut-takut rumah di pecah masuk.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here