Honda Malaysia dan SOCAR bekerjasama sedia 50 unit Honda City untuk kegunaan pihak barisan hadapan

2325

Anda seorang pelanggan Honda dan juga seorang frontliner (petugas barisan hadapan)? Anda mungkin tak perlu gunakan kenderaan Honda anda kerana pihak Honda Malaysia dan SOCAR telah bekerjasama menyediakan Honda City untuk kegunaan anda.

Imej: Property Portal Watch

Sebanyak 50 unit Honda City disediakan untuk pelanggan Honda yang tidak dapat menggunakan kereta mereka sendiri di waktu sukar ini. Setiap unit Honda City boleh digunakan selama sebulan untuk setiap pelanggan yang layak.

Honda Malaysia komited dengan pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh para petugas barisan hadapan dalam membendung penularan wabak Covid-19. Untuk itu, kerjasama dengan SOCAR dilakukan untuk membantu meringankan beban wira negara ini.



Bagaimana cara memohon? Mudah saja. Petugas barisan hadapan yang juga pengguna Honda bolehlah pergi ke pautan ini: www.honda.com.my/customer_service/enquiry.

Hanya isi beberapa maklumat dalam borang di situ dan hantarkan permohonan.

Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata: “Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin menyampaikan penghargaan kami kepada frontliners; perjuangan melawan Covid-19 pastinya lebih sukar tanpa mereka.

“Untuk itu, kami di Honda Malaysia ingin membantu dengan apa jua cara yang kami mampu dalam situasi sukar ini.

“Inisiatif bersama SOCAR diperkenalkan untuk membantu frontliners pemilik Honda yang keretanya tidak dapat diservis dengan menyediakan model City sebagai teman mereka di jalanan,” katanya.

Segala kos sewaan kenderaan dalam program ini ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here