Covid-19: Sambutan Aidilfitri perlu memadai agar terus patuhi PKP

2007

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, selepas menjalankan ibadah puasa, umat Islam wajib menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal.

Aidilfitri

Namun, sambutan tersebut boleh ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19.



Menurut beliau, kita mesti makan dan menunaikan solat AidilFitri dengan cara yang disarankan kerajaan agar terus mematuhi PKP.

“Namun, cara sambutan itu perlu memadai dan mungkin tidak sama dengan perayaan lain dan lebih kepada tradisi,” katanya.

Ramadan dijangka bermula pada 24 April ini, kira-kira empat hari sebelum PKP fasa ketiga tamat iaitu pada 28 April, manakala AidilFitri dijangka jatuh pada 24 Mei depan.

Zulkifli juga berkata, orang ramai harus menghadkan kunjungan antara satu sama lain semasa hari raya dengan mengadakan penjarakan sosial seperti yang dipraktikan semasa PKP.

Menurut beliau, kita juga boleh menangguhkan sambutan ini seperti mengadakan majlis rumah terbuka yang membabitkan jumlah pengunjung yang ramai.

“Keputusan kemungkinan penangguhan sambutan Hari Raya AidilFitri ketika PKP ini akan diputuskan melalui perbincangan Majlis Fatwa Nasional setelah mendapat pandangan para ulama,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here