Covid-19: UMW Toyota Motor bantu hasilkan kelengkapan PPE kepada KKM

1770

UMW Toyota Motor merupakan satu daripada syarikat yang membantu dalam proses memutuskan rantaian pandemik Covid-19, iaitu dengan cara menghasilkan kelengkapan pelindung diri (PPE).

UMW Toyota Motor

Bantuan ini adalah melalui anak syarikatnya, Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd (TBU), sebuah syarikat usaha sama dengan Toyota Boshoku Corporation dari Jepun. Kelengkapan ini, yang melindungi petugas-petugas kesihatan daripada dijangkiti virus berkenaan ketika merawat pesakit, sangat diperlukan dalam jumlah yang besar.



UMW Toyota Motor

“Inilah masanya kami mahu berperanan sebagai syarikat korporat yang bertanggungjawab untuk membantu dengan cara yang termampu bagi memudahkan petugas barisan hadapan dalam menjalankan kerja mereka.

“Kami mempunyai kemudahan yang boleh menghasilkan PPE, maka kami perlu membantu KKM untuk menambah jumlah stok dengan kadar yang lebih cepat. Ianya juga akan dihasilkan tanpa menggunakan sebarang kos yang tinggi, berbanding jika terpaksa mendapatkannya dari luar negara,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, K. Ravindran.

UMW Toyota Motor

TBU yang terlibat dalam pengeluaran kerusi kenderaan, kemasan pintu serta pengalas yang digunakan pada kenderaan yang dipasang di sini, mempunyai kemudahan untuk mengeluarkan beberapa peralatan PPE dengan mudah.

UMW Toyota Motor

Fasiliti berkenaan melibatkan mesin-mesin pemotong reka letak automatik serta mesin jahit industrial, dengan 75 orang pekerja mahir dalam menjahit kerusi kenderaan. Corak awal diperbuat daripada contoh unit seperti kasut pelindung, tudung dan baju yang kemudiannya dimuat naik ke mesin pemotong automatik. Rekaan akhir kelengkapan itu juga telah mendapat kelulusan dari KKM.

TBU jangka akan dapat menghasilkan 1,500 unit sehari dan telah menyerahkan 10,000 unit daripada kumpulan pertama kelengkapan yang dikeluarkan kepada KKM.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here