Pembaharuan cukai jalan raya dan pembelian insurans kenderaan kini hanya melalui kiosk

2005

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak lebih dua juta cukai jalan tidak diperbaharui akibat penutupan kaunter JPJ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

cukai jalan pembelian insurans

Dalam usaha untuk menangani masalah ini, Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich General Insurance) bekerjasama dengan Finology Sdn Bhd (Finology) dan rakan sekutunya PayLink Global (M) Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan raya dan pembelian insurans kenderaan melalui kiosk.



Ini merupakan kerjasama yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Melalui kerjasama strategik ini, pengguna jalan raya di Malaysia akan menikmati kemudahan bagi memperbaharui cukai jalan atau membeli insurans kenderaan untuk kereta dan motosikal mereka.

Terdapat kira-kira 250 kiosk Payquik tersedia di seluruh negara di lokasi strategik seperti pejabat syarikat utiliti, pusat membeli-belah dan bangunan kerajaan supaya rakyat Malaysia dapat memanfaatkan masa mereka apabila keluar untuk membayar bil atau membeli-belah.

cukai jalan pembelian insurans

Menurut statistik JPJ dari tahun 2018, terdapat kira-kira 29 juta kenderaan berdaftar di Malaysia.

Dari jumlah ini, hanya 19 juta kenderaan yang memperbaharui cukai jalan setiap tahun dan kira-kira 95% daripada mereka yang mempunyai cukai jalan yang sudah tamat tempoh adalah motosikal.

Menurut Jared Lim, Pengarah Urusan Finology, pembelian insurans kenderaan dan pembaharuan cukai jalan melalui kiosk adalah alternatif terbaik. Tambahan pula, kiosk ini tersedia 24 jam yang membolehkan pelanggan membuat pembelian atau pembaharuan mengikut keselesaan mereka.

Kerjasama terbaharu ini adalah usaha bersama untuk mempromosikan financial inclusion dan menawarkan liputan menyeluruh kepada rakyat Malaysia semasa di atas jalan raya.

Pada tahun 2019, Zurich dan Finology bekerjasama untuk menawarkan perkhidmatan pembelian insurans dalam talian end-to-end kepada pelanggan melalui platform Finology iaitu loanstreet.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here