Bajet 2022: Baucar Perlindungan Tenang ditingkatkan kepada RM75, boleh guna beli insurans motor 150cc ke bawah

539

Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan penambahan nilai Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40.

Program tersebut akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75.

Beliau berkata, sebagai tambahan baucar itu boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah bermula 1 Januari tahun depan. 

“Diharapkan dengan peluasan skop perlindungan ini, kumpulan B40 terutamanya yang menunggang motosikal untuk mencari rezeki akan memperoleh manfaat daripadanya,” katanya. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Jom Baca:   Youtuber temui kereta dan rangka dua remaja yang hilang 21 tahun lalu

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here