Perbaharui cukai jalan di Puspakom bermula hari ini

1639

Orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) di Puspakom bermula hari ini. 

Inisiatif tersebut akan dijalankan secara berperingkat di 39 pusat Puspakom seluruh semenanjung Malaysia yang mana fasa awal hanya membabitkan kenderaan persendirian milik individu atau syarikat.



Kemudian akan diperluaskan kepada urusan pembaharuan LKM motosikal dan kenderaan e-hailing bermula November depan. 

Langkah itu salah satu kemudahan alternatif selain perkhidmatan sedia ada di kaunter dan kiosk JPJ, Pos Malaysia, MyEG serta Portal mySIKAP JPJ.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), inisiatif berkenaan sebagai usaha meningkatkan tahap perkhidmatan lebih cekap dan berkesan.

Pelanggan yang ingin melakukan urusan pembaharuan lesen dan cukai jalan bolehlah membuat temujanji di laman portal Puspakom dan semua transaksi di kaunter adalah pembayaran secara tunai.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here