Malaysia akan jadi tuan rumah world premiere Honda City RS i-MMD

1981

Disebabkan ramai yang tertunggu-tunggu, Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model City serba baharu kini telah dibuka untuk tempahan. Ia akan dilancarkan pada suku akhir tahun ini (mungkin September) dan empat pilian varian akan ditawarkan.

Selain itu, Honda Malaysia akan turut menawarkan City RS i-MMD dan pengenalannya di Malaysia akan menjadi world premiere untuk model ini. City RS akan menampilkan ciri-ciri sporti, selari dengan model-model RS dalam barisan Honda yang lain.



Untuk pertama kali di Malaysia, City RS akan dikuasakan oleh powertrain i-MMD baharu yang mampu menjana 253Nm tork, iaitu setaraf dengan enjin 2.5-liter naturally-aspirated.

Unit i-MMD (dikenali sebagai e:HEV di peringkat global) dan terdiri dari enjin 1.5-liter berkuasa 107hp dengan penggunaan bahan api sekitar 4.8 liter/100km.

Varian-varian lain City akan dikuasakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Tiada angka kuasa atau tork didedahkan, tetapi sebagai rujukan, City generasi sekarang menghasilkan 120PS dan 145Nm.

Di bahagian luaran, City serba baharu akan mendapat lampu depan LED (varian RS dan V) dengan DRL, dan lampu belakang LED. Rim adalah 16-inci aluminium dwi-tona (RS dan V).

Honda City 2020 ini lebih panjang dari sekarang, penambahan kira-kira 113mm. Ia juga lebih lebar, tetapi sedikit rendah. Jarak rodanya (wheelbase) berkurang, tetapi menurut Honda, ruang dalaman adalah lebih luas.

Di bahagian dalam, ia mendapat corong pendingin hawa menegak, konsol pendingin hawa melintang dan elemen kulit baharu di papan pemuka. City juga kini dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto untuk sistem hiburannya.

Sementara itu, brek parkir elektronik (EPB) akan menggantikan brek parkir mekanikal, menjadikan City model pertama dalam segmennya yang mendapat kelengkapan ini.

City juga akan dilengkapi Honda LaneWatch (RS dan V) yang sebelum ini diberikan pada model-model lebih besar.

Bersempena dengan insiatif kerajaan iaitu PENJANA, Honda Malaysia menawarkan baucar servis bernilai RM1,000 untuk mereka yang membuat tempahan terawal model ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here