Imej Honda City 2020 disiar, pelancaran di Malaysia tak lama lagi?

2802

Nampaknya penantian anda semua akan berakhir tak lama lagi. Kami tahu ramai yang menantikan ketibaan Honda City 2020.

Honda Malaysia melalui laman Facebook rasmi mereka telah menyiarkan satu imej bayangan City 2020 dengan mesej “permainan tidak akan sama lagi.



The game will no longer be the same. Watch this space.#yourtimeisup#allnewcity#thetakeoverstartsnow

Posted by Honda Malaysia on Thursday, July 23, 2020

Adakah ia akan merubah segmen-B di negara ini? Adakah Toyota Vios dan Proton Persona patut gusar? Harus diingat, Nissan Almera 2020 juga dijangka tiba tahun ini.

Honda City 2020 mula membuat pelancaran sulung Asia Tenggara di Thailand hujung tahun lepas. Di sana, ia ditawarkan dengan pilihan enjin 1.0-liter 3-silinder turbo DOHC yang menjana 122PS pada 5,500rpm dan 173Nm tork pada 2,000-4,500rpm.

Honda Thailand berkata output kuasa ini adalah bersamaan enjin 1.5-liter naturally-aspirated dan tork pula bersamaan enjin 1.8-liter. Enjin Honda City sekarang menghasilkan 120PS dan 145Nm.

Untuk transmisi, Honda City 2020 masih menggunakan unit CVT Earth Dreams yang sama. Kecekapan bahan api didakwa pada 23.8km/liter. Ini dah lebih jimat dari Perodua Bezza!

Dari segi gaya luaran, tiada perubahan begitu besar, tetapi ia telah diperkemaskan. Terdapat lampu LED depan yang besar, gril menyerlah dengan bar krom memanjang hingga ke lampu, dan lampu belakang LED yang kemas. Ala-ala BMW.

Honda City 2020 ini lebih panjang dari sekarang, penambahan kira-kira 113mm. Ia juga lebih lebar, tetapi sedikit rendah. Jarak rodanya (wheelbase) berkurang, tetapi menurut Honda, ruang dalaman adalah lebih luas.

Terdapat juga model RS dengan bampar depan dan belakang lain, rim 16-inci, dan warna unik. Ini belum disahkan untuk Malaysia, tapi kami jangkakan versi RS mungkin dibawa masuk beberapa bulan selepas pelancaran rasmi City ini.

Di bahagian dalam, ia mendapat corong pendingin hawa menegak, konsol pendingin hawa melintang dan elemen kulit baharu di papan pemuka. Untuk RS, ia mendapat tempat duduk balutan suede.

City 2020 juga kini dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto untuk sistem hiburannya.

Dengan semua penambahan dan pembaharuan, ciri keselamatan agak mengecewakan. Enam beg udara dan ESP (Electronic Stability Program) adalah bagus, tetapi jika dibandingkan dengan Nissan Almera dan Mitsubishi Attrage di Thailand yang didatangkan dengan AEB (Autonomous Emergency Braking), City ini sedikit ketinggalan.

Di Thailand, ia dijual pada harga 579,500 Baht (RM80,035) hingga 665,000 Baht (RM91,848). Tetapi untuk pasaran Malaysia nanti, jangkakan harganya tidak jauh berbeza dari sekarang, iaitu antara RM73k hingga RM90k.

Apa pendapat anda dengan Honda City 2020 ini? Teruja dengan enjin turbo baharu?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here