BMW X1 sDrive18i ialah varian permulaan dengan harga lebih mampu milik

2372

Serentak dengan pelancaran hot hatch M135i xDrive, BMW Malaysia turut memperkenalkan X1 sDrive18i. Ianya menjadi varian permulaan yang lebih mampu milik berbanding X1 sDrive20i M Sport yang dilancarkan awal tahun ini.

BMW X1 sDrive18i ditawarkan pada harga RM208,368.48 (dengan pengecualian cukai SST), dan harga ini RM17,000 lebih rendah berbanding sDrive20i.



SUV ini mendapat ciri luaran seperti lampu utama dan lampu kabus LED, rel bumbung dengan kemasan aluminium, dan rim aloi 17-inci.

Pilihan warna adalah Apline White, Mediterranean Blue, Black Sapphire, dan Mineral Grey.

Di dalam pula, kabinnya dibaluti kulit Leather Dakota dengan kemasan Pearl Chrome yang menaikkan seri keseluruhan. Terdapat juga roda stereng balutan kulit, tempat duduk berkuasa, dan pendingin hawa dwi-zon.

BMW X1 juga dikatakan mempunyai kabin paling luas dalam kelasnya, dengan ruang kargo 505 liter yang boleh diluaskan menjadi 1,500 liter bila tempat duduk belakang dilipat.

Di bawah hud depan X1 ini ialah enjin 1.5-liter 3-silinder TwinPower Turbo, tetapi jangan pandang rendah dengan konfigurasinya. Enjin ini tetap berkuasa, dengan 140hp dan 220Nm tork.

Transmisi pula ialah dwi-klac Steptronic 7-kelajuan. Jadi, pecutan 0-100km/j dapat dilakukan dalam 9.6 saat sahaja, manakala kelajuan maksima ialah 201km/j.

BMW X1 dilengkapi unit infotainmen yang boleh diakses dari paparan Control Display 8.8-inci dan dikawal menggunakan iDrive sama ada tombolnya, sentuhan atau arahan suara.

X1 turut dilengkapi sistem BMW Personal CoPilot yang merangkumi Lane Departure Warning, Frontal Collision Warning dan High Beam Assitant.

BMW X1 sDrive18i boleh dimiliki dengan Balloon Financing Plan BMW yang menawarkan ansuran bulanan serendah RM2,370 (dengan pinjaman 80 peratus dan tempoh 5 tahun).

Ia juga dilindungi jaminan 5-tahun dan program servis percuma, bantuan tepi jalan, dan hotline kemalangan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here