Nissan Almera Turbocharged 2020 tiba di Thailand

3670

Berikut adalah pencabar pertama anda di arena kereta untuk dekad yang akan datang. Ia adalah Nissan Almera yang baru, dan merupakan jentera yang sangat menarik.

Nissan Almera versi spesifikasi US adalah berbeza dengan jentera yang diedarkan di pasaran Asia. Perbezaan paling jelas adalah roda, dimana ia disertakan dengan roda aloi 15-inci yang lebih kecil berbanding 16-inci bagi pasaran Amerika Utara. Perbezaan yang lain adalah lampu isyarat yang bewarna, dimana komponen ini hanya disediakan pada model di pasaran US. Pada pasaran Asia, komponen ini digantikan dengan lampu yang tidak mempunyai warna dan lebih jelas. 



Jentera generasi baru kini mempunyai saiz yang lebih besar dari ‘kembarnya’ yaitu Nissan Altima. Lampu suluh yang nipis, dan grill berbentuk V menggayakan pandangan bahagian hadapan. Bercakap tentang pilihan, varian spesifikasi tinggi boleh didapati dengan lampu LED.

Terdapat bumbung yang lebih menarik kerana ia lebih lereng ke arah belakang dan terdapat fender yang lebih jelas di setiap sudut. Seperti Altima, lampu belakang berbentuk nipis dan bonet belakang yang sedikit tinggi untuk visual yang menarik.

Ruangan dalam

Untuk ruangan dalam, spesifikasinya sedikit menyerupai model yang dijual di pasaran US. Selain cluster dan sistem audio skrin sentuh yang berbeza, sukar untuk melihat perbezaan antara model Asia dan yang dijual di US. Anda juga akan disertakan dengan enam pembesar suara pada Almera 2020, dan beberapa varian akan datang dengan Apple CarPlay dan Android Auto. 

Sistem

Almera Thai-spec juga mendapat manfaat daripada sistem keselamatan Nissan’s Intelligent Mobility. Ini bermakna ia boleh didapati dengan brek kecemasan automatik, amaran perlanggaran depan, dan juga kamera 360 darjah. Kawalan kestabilan juga termasuk dalam varian terpilih. Selain itu, model top-spec disertakan dengan enam beg udara.

Enjin

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 1.0 liter tiga silinder. Sekarang, jangan berfikir bahawa ia perlahan kerana enjin tiga silinder dipandu turbo. Berbanding dengan enjin 1.5 liter yang terdapat pada masa kini, 1.0 turbo mempunyai lebih kuasa dan tork. Dari 97hp, kini ia meningkat kepada 118hp dan 152Nm tork. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here