Ini 9 cara mudah mendaftar sebagai rider FoodPanda

3842

FoodPanda ialah suatu perkhidmatan penghantaran makanan yang boleh diakses oleh pelanggan melalui atas talian.

mendaftar FoodPanda

Melalui aplikasi FoodPanda, pelanggan boleh melakukan tempahan makanan yang kemudian akan dihantar oleh rider FoodPanda dalam tempoh masa yang singkat sebaik sahaja pesanan diterima.



Bagi mana-mana individu yang ingin memulakan kerjaya sebagai penghantar makanan, anda boleh menyertai dan mendaftar sebagai rider FoodPanda secara separuh atau sepenuh masa bergantung kepada individu.

Disini kami akan sertakan beberapa keperluan dan cara mudah untuk menjadi seorang rider FoodPanda.

Keperluan sebagai seorang rider FoodPanda

Pertama sekali, anda perlu memiliki motosikal sendiri sebagai medium pengangkutan. Sekiranya motosikal bukan kepunyaan sendiri, pastikan covernote insuran merupakan All Rider. 

mendaftar FoodPanda

Motosikal tersebut juga mestilah mempunyai cukai jalan yang masih sah dan sebagai penunggang, anda perlu mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya lesen L.

Untuk proses pembayaran gaji, anda perlu mempunyai akaun bank, sebaiknya akaun bank CIMB kerana proses pembayaran gaji akan lebih cepat.

Seterusnya, anda perlu membayar wang sebanyak RM100 sebagai deposit. Wang ini akan dikembalikan semula setelah anda berhenti bekerja sebagai rider FoodPanda.

Selain perlu berumur 18 tahun keatas, anda juga perlu mempunyai telefon pintar dengan OS Android versi 4.2 ke atas atau yang lebih terkini. Bagi pengguna iPhone pula mestilah sekurang-kurangnya iPhone 4S atau model lebih baru.

Seseorang rider FoodPanda juga mestilah bertanggungjawab terhadap pesanan yang diterima dari pelanggan.

Cara daftar FoodPanda:

  1. Layari laman web FoodPanda dan membuat pendaftaran di https://rider.foodpanda.my
  2. Pilih kawasan atau bandar yang anda tinggal dan klik butang mohon sekarang.
  3. Isi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, e-mel serta tarikh lahir.
  4. Masukkan pilihan bahasa anda samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  5. Selesai memasukkan semua maklumat yang diperlukan, klik butang hantar.
  6. Setelah mendaftar, anda akan menerima sms dari FoodPanda untuk datang ke pejabat FoodPanda bagi mendengar satu taklimat khas. Terdapat sesi praktikal akan dilakukan bersama seorang senior tentang cara mengendalikan pesanan serta melakukan penghantaran dan sekiranya tiada sebarang masalah semasa sesi praktikal, anda sudah boleh menjadi penghantar makanan FoodPanda.
  7. Selesai sahaja sesi praktikal, anda boleh membuat pendaftaran serta mendapatkan ID serta kata laluan bagi aplikasi FoodPanda.
  8. Kemudian, dapatkan mechandise FoodPanda seperti t-shirt warna pink, beg panas serta beg FoodPanda.
  9. Anda sudah boleh memulakan kerjaya sebagai penghantar makanan FoodPanda keesokan harinya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here