Petronas tayang video ringkas dengan mesej kekeluargaan untuk Deepavali 2020

1812

Untuk perayaan Deepavali kali ini, Petronas mempersembahkan “Vattam”, satu video muzikal animasi yang mencoretkan kembali kebahagiaan kita bersama rakan dan keluarga. Dan dalam semangat kekeluargaan ini, kita mengharungi masa sukar bersama.

Mengambil inspirasi dari situasi yang sedang berlaku, “Vattam” – yang ditafsirkan sebagai ‘bulatan’ yang mewakili semangat kesatuan dan kekitaan apabila ahli keluarga saling melengkapi – membawakan tradisi keluarga dalam membuat muruku, iaitu hidangan popular di kalangan rakyat Malaysia.



Menjadi menu wajib semasa Festival Cahaya, tradisi membuat murukku memainkan peranan penting dalam menyatukan keluarga beberapa minggu sebelum Deepavali.

Perayaan ini bermula apabila keluarga berkumpul untuk sama-sama membuat murukku dimana generasi berbeza bergaul mesra dan bertanya khabar.

Dipersembahkan melalui lagu dan tarian, video itu mengisahkan kisah empat beradik dengan personaliti berbeza, diwakikan dengan bahan-bahan dan peralatan berbeza yang diperlukan untuk membuat murukku.

Setiap langkah dan bahan-bahan membuat murukku merupakan simbolik ahli keluarga, dimana setiap seorang memainkan peranan penting dan saling memerlukan.

Ketegangan di dapur meningkat apabila adik-beradik mula membanding-bandingkan peranan masing-masing yang lebih penting, dan terlupa elemen paling penting: keluarga.

Walaupun dipersembahkan dalam video santai dan menghiburkan, terdapat mesej penting iaitu setiap ahli keluarga harus sentiasa saling membantu.

Anda boleh tonton video muzikal itu di saluran YouTube dan laman Facebook rasmi Petronas, dan ia akan ditayang juga di TV bermula hari ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here