Nak beli kereta Proton terpakai? Tak perlu pening dan risau lagi!

1973

Tidak dinafikan Proton menjadi antara jenama popular kenderaan di pasaran terpakai kerana nilainya yang menarik untuk pembeli.

Tetapi jika dulu kenderaan terpakai mungkin mempunyai banyak perkara diragui atau tidak diyakini, usah risau lagi dengan adanya Proton Certified PreOwned (PCPO), iaitu laman web rasmi untuk kereta terpakainya.



Dengan melayari laman web PCPO, pelanggan boleh mendapat maklumat tentang stok dari 36 pengedar di seluruh negara serta tukar beli kenderaan mereka untuk menerima tawaran hebat bagi pembelian model Proton baharu.

Urusan tukar beli mudah

Pemprosesan kereta tukar beli pelanggan secara cekap adalah kunci kepada pengekalan kadar jualan kereta baru bagi Proton.

Oleh itu, bahagian Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) telah ditubuhkan dan diberi tugas membina rangkaian pengedar yang berkebolehan menjual kereta terpakai bersama kereta baru.

Bermula dengan hanya lapan pengedar, program PCPO kini mempunyai 36 pengedar. Setiap pengedar perlu memenuhi syarat, dari segi kewangan dan praktikal, serta bersetuju mengambil langkah yang diperlukan menyediakan stok tukar beli mereka sebelum dijual.

Contohnya, setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh 201-mata serta diberi bateri, minyak enjin dan penapis minyak yang baru. Keperluan lain bagi kereta PCPO adalah ia mesti berumur kurang daripada tujuh tahun dan mempunyai jarak perbatuan tidak melebihi 130,000km semasa di tukar beli.

Ia juga mesti bebas daripada kerosakan disebabkan oleh banjir atau kemalangan besar yang mungkin mempengaruhi kekuatan struktur kereta.

“Semua kereta PCPO diberi jaminan tambahan selama setahun bagi bahagian enjin dan kotak gear serta khidmat servis percuma yang boleh ditebus sehingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Jenama kereta lain yang ditukar beli juga akan dijual oleh Proton di laman web PCPO. Bagi kereta-kereta ini, jaminan tambahan tidak akan diberikan tetapi ia akan menerima pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sebelum ditawarkan kepada pelanggan.

Untuk lebih maklumat, sila layari https://used-cars.proton.com.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here