Serba hitam! BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition, 36 unit sahaja

2358

BMW Malaysia telah memperkenalkan satu edisi terhad 5-Series, iaitu 530i M Sport Dark Shadow Edition.

Ianya terhad kepada 36 unit sahaja, dan dijual pada harga RM392,800. Untuk rujukan, BMW 530i M Sport ‘biasa’ berharga RM382,800. Jadi, tambahan RM10k untuk edisi terhad ini.



Apa yang anda dapat untuk Dark Shadow Edition? Untuk luaran, 530i Dark Shadow Edition didatangkan dengan kemasan serba hitam.

Warna badan Carbon Black, trim Shadow Line, kidney grille hitam berkilat, rim 20-inci M Performance, malah penutup injap TPMS juga berwarna hitam.

Tema serba hitam diteruskan ke bahagian dalam, dengan balutan kulit Black Dakota dengan jahitan biru. Tetapi jika mahukan sedikit kontra, anda juga boleh pilih kulit Cognac Dakota berwarna coklat.

Dari segi mekanikal, edisi Dark Shadow ini dipacu oleh powertrain sama dengan 530i M Sport iaitu enjin 2.0-liter turbo TwinPower berkuasa 252hp dan 350Nm tork. Transmisi pula ialah automatik 8-kelajuan, menyalurkan output ke roda belakang.

BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition boleh didapati di BMW Shop Online (https://shop.bmw.com.my/) dengan bayaran tempahan RM1,000.

BMW Malaysia juga akan membawakan 530i M Sport Dark Shadow Edition ini ke wakil-wakil jualan terpilih pada masa-masa seperti berikut:

  • Auto Bavaria, Ara Damansara – 1 hingga 7 Januari
  • Wheelcorp Premium, Setia Alam – 8 hingga 14 Januari
  • Quill Automobiles, PJ – 15 hingga 21 Januari
  • Ingress Auto, Jalan Damansara – 22 hingga 28 Januari
  • Auto Bavaria, Kuala Lumpur – 29 Januari hingga 4 Februari
  • Ingress Auto, Puchong – 5 hingga 11 Februari
  • Auto Bavaria, Sungai Besi – 12 hingga 18 Februari

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here